Wednesday 21 March 2012

Everton vs Arsenal and The Give

Assalamualaikum..

Sape tengok bola?*angkattangan..
Oke trun tangan.
Everton vs Arsenal.
0-1 beb..
Haha..vangga betul aku.
Sape hero dea?
 Dan arsenal sekarang berada di tempat ke-3..

Sejak bila aku minat bola ni..
Dah lama da..
tapi tade la fanatik sangat sampai makan tido semua bola.
Just ambil tahu time Arsenal lawan jw..

Pernah gak la aku jadik insan yang sedemikian rupa time darjah-darjah dulu.
Masa tu dah tade muka orang dah.
Dengan sembabnya ta payah citer r.
Dalam kelas lg.
Tragis plak nak bercerita.
*oketapayahcerita..

Boyfie aku pun main bola gak..
Teringin nak tengok dea main..
InsyaAllah akan ada rezekinya.
Cuma cepat atau lambat jw...
Dea wakil kolej aku tok Kasukma


haah..yang tengah tu.Playmaker katanya..


Kenal kan dea yang mana satu.
kalau tak kenal buat-buat kenal jw ye..

ADUAN:
Malam tadi aku ta boleh tido.
Cuba pejam mata tapi ta boleh gak..
Dapat lah dam 5 6 minit tido-tido ayamnya..
Ta pernah-pernah plak.
Hopefully tak tido r kat dalam kelas..
Cauw..
Uppss..Gemok.happy Annyversary!
Sayang awak..

Monday 19 March 2012

Gumbira

Assalamualaikum..
Hola..Gumbiranya rasa dihati..
Harini tade kelas..*jakunbetul.
Mestilah..kelas aku susah na dapat excuse cuti yang sebegini rupa.
Banyak betul test dan assignment yang sedang menunggu.
Na buat sekarang?Memang tak la beb.
Wa sekarang da main JIT.Last minute is the best.*katakataorangmalas.hehe..

Rancangan untuk masa depan.Emm..lagi 5 mnute.Mungkin.
Tido,tido lagi dan tido lagi..wahahaha..
kbai.

Sunday 18 March 2012

Kisah nenek yang mencuri ubi kayu dan hakim yang bijaksana

Assalamualaikum..
Teman ada satu cerita menarik yang boleh dikongsi bersama.

Pada suatu hari..
Ahh..Bacalah sendiri..
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah juga seorang nenek tua yang mengaku slah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya kelaparan.Namun pengurus ladang tuan punya ubi tersebut tetap denagn tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, "maafkan saya, bu", katanya sambil memandang nenek itu.

"Saya tidak dapat ,membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum.Saya mendenda anda Rp 1 juta (around RM 350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang".

Nenek itu tertunduk lesu.namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

"Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamh in, sebesar Rp 50 ribu (around RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

"Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh."

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebayak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya.Setelah itu dia pulang denagn wajah gembira dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik  dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia.

Love u for a thousand years

pehh..lirik dea cmni..
Na tau cane?
Tengokla video ni..
Only for u gemok..:P

Saturday 17 March 2012

Shiro Betul Kata Cicak#2










Shiro-Betul kata cicak

Assalamualaikum..

Shiro yang dianggotai oleh Shahrol YB dan Ajak merupakan anak jati Kluang,Johor.
Sifat yang tidak pernah mengenal erti putus asa yang ditunjukkan dalam diri mereka ternyata membuahkan hasil apabila mereka telah diumumkan sebagai juara Raja Lawak oleh pasangan pengacara yang digemari ramai iaitu Johan dan Zizan lewat malam tadi.Menurut informasi yang aq baru terima tadi,tagline mereka iaitu "betul kata cicak" merupakan tagline arwah nenek Shahrol.Di mana,arwah akan memberi nasihat dan disusuli dengan tagline tersebut.
sob sob..tetiba sodeh plak eden.Stop mbebel n let see the pic of situation at MPPJ last night.






Will be continue...

Friday 16 March 2012

Soksek#1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Semua misi yang hendak dibuat masa cuti mid sem ni tercapai.
Karoeke,wayang,masak,overnite,hang out.Semuanya dah la.
Bila lagi dapat balik tak taula.Bila kat hostel nanti mesti rindu rumah punya.
Time to jadi ulat buku balik.*pernahke..hahaha..
Naik-naik ni banyak assignmnt,presentation dan test yang menanti.Apa khabar agaknya buku yang aq bawa balik tu.hmmm...Mesti dah berhabuk da kat dalam beg.
Kepada adik-adik yang bakal mengambil result SPM 21 Mac ni good luck ye..Mesti korang da start dapat surat layang tok futher study an..haa..Mesti korang dah start pening-pening pale na amek course ap an..
BTW good luck lg sekali ye..Jangan risau..Ada rezeki ta kemananya.Law tade rezeki pun mungkin akan ada rezeki tapi lambat sikit na muncul..Tape..Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita.Apa yang korang perlu bwat sekarang ni ialah tawakal dan banyak berdoa.Eh..Terasa cam na kasi tazkirah plak an..Tapelah..Izinkan sy mengundur diri.Manisnya kurma ini.Caw.

Thursday 15 March 2012

Baru Anak Dara

Baru anak dara bila masak dapur berkecang,
baru anak dara bila tengok cerita hantu jerit-jerit,
baru anak dara bila menyanyi dalam bilik air,
baru anak dara bila baca novel menimbun-nimbun,
baru anak dara bila jadi ahli mesyuarat tingkap,
baru anak dara bila tangkap leleh tengok ombak rindu,
baru anak dara bila fanatik running man,
baru anak dara bila sengeh-sengeh baca masage,
baru anak dara bila jeling-jeling dengan si teruna,
baru anak dara bila can see but no touching,
baru anak dara bila dapat buat kek batik alone.
baru anak dara bila ada salah satu di atas.
Aq?
Yeay anak dara...
GEDIK..PANG! :)

Monday 12 March 2012

Tunang,nikah,kahwin

Assalamualaikum..
Amboi mementanglah tengah cuti sekolah
banyak betul majlis perkahwinan.
Ta kira la yang kahwin tu kita kenal or ta.
Asal sampai kad jemputan kad rumah,
confirm aku datang.
Aq bab majlis2 cani memang excited sangat.
Sedang aq membelek kad-kad walimatul urus ni,
Aq tertarik dengan satu petikan.

Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tak setulus  Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sehebat Siti Hajar.
Dan mengapa didambakan teman hidup yang sesempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri.
Bimbingla dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya,
dan berdoala dia milikmu..Amin..

Sebelum ni aq penah baca benda ni.
Tapi baru cuba na menghayatinya.
Interesting!

Tuesday 6 March 2012

Dearest Stalker

Dearest Stalker,
Thank you for stalking me and make my statistic for readers become a thounsand..tipu jw!
I know you not hate me but yes you ENVY me.:P
Always talk abaut me behind my back,even tell lies about me to everyone.
Keep it up a good job.
I hope that you will be happy ever after by doing that.
Hopefully,you will read my post.
Ups..forgot deh.That is stalker's work.
Its specially only for YOU.
Till then..

Saturday 3 March 2012

First Choice or Second Choice?

Assalamualaikum..

Masa na gi Kota haritu
kitorang ada berdebat 
Pasal first choice atau second choice mana lagi better
haa..nmpak ta soalan cepuk emas kat situ..
cepuk emas?
pun bolela..hahaha..
Zira ngn Lia lebih prefer pada second choice.
Kenapa?
sebab pada diyorang kalau kita betul-betul cinta kat si first choice 
kita takan jatuh hati pada si second choice
mungkin si first choice ta jaga kita betul-betul dan kita rasa terabai
Tetiba datang plak si second choice yang kebetulan lengkap semua
haa..amek kw.
Masa tu ternganga jwla korang

Tapi aq ngan Diana lebih prefer kat first choice
Kenapa?
kerana kami percaya pada hukum karma
What goes around comes around betul ta?
kalau kita pilih second choice
Berkemungkinan kita adalah first choice si second choice
Dan dea plak akan pergi kat second choice
adoi.terbelit otak na pahamkan...

Ingat ta ayat ni
Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka
Sebab orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang.

Haa..nampak ta?

One more
Cuba reverse balik time exam
Kita akan ragu-ragu mana satu jawapan yang betul
Kalau na ikut pesan cikgu-cikgu aq dulu
Better law kita jawab jawapan first yang terdetik kat kepala minda dan otak kita.
Sebab selalunya jawapan first tu la yang betul.
Ni membe-membe yang ikut gi Kota Zira Lea dan Ain
Akhir kata,
Fikir la yang terbaik untuk diri anda
Selamat beramal..
Wsalam..

Friday 2 March 2012

The Sweetest


Assalamualaikum..

"Girls,apa yang korang bole buat something sweet untuk tunjukkan korang care and romantik pada orang tersayang?"

"and Guys something sweet apa yg korang bole lakukan  pada kami kaum wanita yang sentiasa inginkan kejutan?"

erk..dah kenapa awal2 da tanya soalan add maths ni.
hee..sje jw..
26 February yang lalu aq ad bwat surprise khas utk cik boyfriend
wlaupun ta bape na mnjdik surprise ny
tp aq agk brpuas hati sbb sgale yg dirancang brjalan dengan lancar 

Surprise!
HAPPY BIRTHDAY NORASHRAF FAZLI
penat aq fikir mane na crik kek kt BP yg serba lengkap nih.
*tangan di bahu,mata ke atas.
tp Alhamdulillah..
dengan kerja sama Syafik Imran jmpe gak..
ingatkan da ta wujud lg kek kt sini.
aq on jw lw na bwat kek gune pasir.
janji ada rupe kek.hehe..

ermm..ta kenal ta kenal.

Gabungan empat suara.dari kiri Ning Baizura,Shila Hamzah,Adira dan Jaclin Victor.
"Allah selamatkan kamu"

Bila si gemok tiup lilin

Pengejoin







K fine..ni pasrah bukan redha ye kawan-kawan..
Penat aq fikir 
apa la na kasik kt si gemok ni..
mklumlah langsung tade experience dlm bnde2 ni
Ad gak mntak bntuan membe2 aq yg brpengalaman nih..
Tp akhirnya aq sndiri decide na ksik ap


Tadaa!!

Hahaha..ta masuk akal presentny pn aduiyai..
kadang2 terasa cam kasik kt princess Ashraf pn ye gak.
aq kasi bende yang aq teringin sangat dapat dari seseorang yang bergender lelaki
ayah aq pn jadikla
smpai la ni ta dapat dapat
tapelah
mungkin cik boyfriend pn berkeinginan sama ngan aq
so aq ksikla dea.
hahaha..
memang taah.

Aq ad kasik video.
khas untuk my bunny

Na tengok?
meh datang bilik.
Memang taah aq na publish kt sini

By the way
credit to Diana, Shera and Izati
sebab tlong aq

ta lupe jugak
credit untuk cik boyfriend
kerana membuatkan diriku begitu bahagia
Kbai!